Home Aktiviti Warga Cakna Anak Yatim Seperti Maryam Semakin Ramai

Anak Yatim Seperti Maryam Semakin Ramai

120
0

Maryam adalah anak bongsu dari 6 beradik. Maryam adalah yatim piatu kerana ibu dan ayah syahid semasa serangan bom di Idlib beberapa tahun lalu. Sekarang, mereka lari bersama nenek yang sudah berusia 70 tahun ke Bandar Antakya, barat laut Turkey.

.

Bandar Antakya menempatkan lebih 400 ribu pelarian Syria termasuk keluarga Maryam ini. Mereka menginap secara berterabur disekitar pinggir bandar. Ada antaranya ditempatkan di rumah-rumah penduduk tempatan Turkey. Terdapat juga rumah penginapan diselia oleh NGO-NGO tempatan dan luar negara. Kebanyakan mereka masih dhaif dan memerlukan belas ehsan dari umat Islam.

.

Namun lebih menyedihkan, jutaan lagi rakyat Syria yang masih berada dalam kancah perang. Mereka tidak mahu berganjak dari zon tidak selamat itu kerana pelbagai halangan yang menimpa. Perjanjian antarabangsa yang menyebabkan mereka sukar bergerak. Negara-negara penampan untuk mereka berlindung seperti Turkey, Jordan, Lubnan dan Greece sendiri mempunyai birokrasi politik tertentu. Selagi Syria tidak bebas dari kemelut peperangan, selagi itulah anak-anak yatim seperti Maryam ini makin meningkat.

.

Hari pertama kita berada di sini bagi menyantuni anak-anak yatim dan balu para syuhada membeli pakaian sejuk. Seramai 50 orang anak yatim Syria hadir dalam program pertama ini.

.

Laporan dari

Suhazeli Abdullah

30.11.2019

Ketua Delegasi

#WinterAidSyria 2019

Previous articleBantu Sebelum Beku
Next articleKrisis Syria Adalah Nadi Umat