Permohonan Qurban Online

Raya Qurban dah dekat. Makin ramai yang mencari-cari bahagian untuk masuk Qurban. Seperti biasa setiap tahun saya buka peluang kepada rakan taulan untuk buat Qurban. Tahun ni team Warga Cakna akan ke Garissa, sebuah daerah pedalaman di Kenya. Daerah sempadan tiga negara dhaif, Erithria, Somalia dan Kenya sendiri.

Oleh kerana julung kali diadakan di sana, tempahan lembu kambing adalah terhad. Kesukaran untuk buat tukaran wang dan penghantaran wang pendahuluan pun agak rumit. Mereka mereka takut duit yang disalurkan itu diberikan kepada pemberontak-pemberontak yang berleluasa di sana. Jadi, memang saiz tempahan kita memang terhad berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Siapa cepat buat tempahan, inshaAllah akan terus masuk sistem. Kita telah buat satu sistem pendaftaran online yang cukup mudah. Tak sampai 5 minit, pendaftaran nama dan pembayaran boleh dilakukan. Peserta akan dapat notifikasi email untuk pengesahan dan balasan wasap.

Supaya lebih faham, saya beri tatacara untuk pendaftaran dan penyertaan online. Sila lihat nombor pada setiap gambar yang saya letak.

1. Lawati https://www.wargacakna.org/permohonan-qurban-aqiqah-2019. Isi nama pemohon dan alamat lengkap. Bahagian ini penting untuk pihak staf buat susunan nanti dan penghantaran sijil-sijil penyertaan nanti.

2. Masukkan juga maklumat penting anda seperti email dan no telefon bimbit. Ia berguna apabila terdapat apa-apa maklumat terbaharu mengenai program yang akan dijalankan. Kemudian, isikan nama-nama yang akan diniatkan Qurban atau Aqiqah dalam kotak dan jadual yang disediakan. Bahagian ini penting bagi kami untuk membaca wakil niat masing-masing semasa sesi penyembelihan. Paparan gambar 2 ini hanya boleh masuk satu nama, tetapi jika anda masuk bahagian beberapa nama, anda boleh tambah dengan tekan butang (+) di bawah kotak jadual itu. Senang sahaja. Satu lagi, nasihat saya, untuk bahagian lembu / kambing hingga tujuan tu, hanya masukkan SATU huruf atau angka sahaja. Contohnya jika penyertaan anda untuk 1 bahagian Lembu qurban, maka taip 1 dan L dan Q di ruangan kotak berkenaan.

3. Lepas tu masukkan pula jumlah bahagian atau ekor atau naskah yang dipesan. Sekali lagi hanya masukkan SATU ANGKA sahaja. Jika anda tidak memesan kambing atau naskah Al Quran, masukkan 0 kerana ruangan ini wajib di isi. Jika tidak sistem tidak boleh buat pengiraan total yang akan dibayar nanti.

4. Bahagian ini penting bagi kesempurnaan ibadah yang akan dijalankan nanti. Sesuai dengan garis panduan proses penyembelihan yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, akad peserta dan wakil amat penting. Kemudian pilih wakil urusetia Qurban yang anda hubungi untuk catatan lanjut sistem.

5. Akhir sekali, sebelum hantar borang ini online, tandakan kaedah bayaran yang anda ingin lakukan. Jika anda ambil pilihan no 1, sistem Billplz, selepas tekan butang Hantar Penyertaan, sistem akan beralih ke paparan web pembayaran online Billplz. Kaedah ini amat memudahkan, kerana anda tidak perlu ke mesin ATM atau buka laman web lain bank pilihan anda. Tetapi pilihan kedua diberikan bagi siapa yang nak guna kaedah selain sistem bayaran Billplz.

Sekian tatacara lengkap bagaimana mendaftar penyertaan Qurban / Aqiqah / Wakaf Al Qur’an bersama Warga Cakna tahun ini.

Sekian

Urusetia #CaknaQurban2019

www.wargacakna.org