Home Aktiviti Warga Cakna Bantu Sebelum Beku

Bantu Sebelum Beku

172
0
Gaza
Kita tidak berada ditempat mereka. Saban ketika dihujani dengan peluru. Hidup dalam serba keruncingan. Tiada tempat untuk mengadu kecuali Allah Azzawajalla.
Kita yang mempunyai sedikit harta, bantulah mereka. Derma kebajikan yang dikeluarkan tidak akan mengurangkan sedikitpun kemewahan yang kita kecapi. Yakinlah.
.
Selain kancah perang, kini mereka dibunkam dengan musim sejuk. Namun keadaan Ga.za saat ini sedang huru-hara dengan serangan yang dilancarkan oleh Zionis Is.rael.
.
Ada yang kehilangan rumah, ibu bapa, adik beradik malah seluruh ahli keluarga terkorban, tinggal sebatang kara. Allahuakbar! Bagaimanakah mereka akan menghadapi musim sejuk yang lebih teruk nanti?
Sudahkah mereka bersedia berhadapan musim yang paling kritikal secara mental dan juga fizikal?
Mampukah rumah yang berdindingkan kepingan-kepingan zink, atau kain-kain yang reput berlubang melindungi mereka tatkala suhu mula membeku, hujan membasahi?
Apakah yang bakal membaluti dan menghangatkan badan mereka di saat kesejukkan mula menggigit batang tubuh mereka nanti?
Cukupkah minuman dan makanan hangat buat mereka mengalas perut ketika kelaparan, menahan kedinginan?
Inilah antara perkara-perkara yang sedang diusahakan oleh tim kami. Dalam keadaan mereka yang dikepung oleh Is.rael, 80% rakyat Ga.za bergantung kepada NGO untuk makan, berpakaian dan meneruskan kehidupan.
Dengan sasaran sebanyak RM600,000 ini akan merangkumi keperluan seperti berikut :
◆ Kanvas nilon
◆ Selimut
◆ Tilam
◆ Tikar
◆ Bantal
◆ Lampu suluh boleh dicas semula / pelita solar
◆ Susu tepung untuk anak-anak
◆ Pek makanan
◆ Dapur gas
◆ Set dapur
.
WargaCakna.org akan bersama Persatuan Cinta Ga.za Malaysia bagi mengurangkan bebanan mereka di musim sejuk. Sasaran adalah RM600,000.
.
Sumbangan boleh dibuat ke akaun rasmi Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna):
Maybank Islamic
Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu
563037065007
 
Label: #BantuSebelumBeku
📞 Urusetia: 0169602489
.
Suhazeli Abdullah
 
Previous articleKrisis Syria Semakin Meruncing
Next articleAnak Yatim Seperti Maryam Semakin Ramai