- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
FAQ Qurban AqiqahQurban Luar Negara Lebih Afdhal?

Qurban Luar Negara Lebih Afdhal?

Oleh: Dr Suhazeli Abdullah

Saya ditegur oleh seorang kawan kerana menjalankan promosi program Qurban luar negara. Walaupun sejak 2009 lagi saya berkecimpung dalam Qurban &  Aqiqah luar negara, tetapi kali ini, teguran beliau agak sedih sedikit. Merayu secebis daging Qurban hatta setengah kilo sambil menyengong usaha yang telah kami lakukan sejak sekian lama. Saya terima dengan nada positif, kerana usaha yang kami lakukan pun ini sebagai kebaikan ummah juga.

Ibadat korban sangat-sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi orang yang mempunyai kemampuan. Ia merupakan bukti keikhlasan dan ketaqwaan seseorang kerana dalam ibadat korban itu antara hikmah pensyariatannya ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT, melahirkan kesyukuran dengan nikmat yang diberikan, menggembirakan orang miskin dengan pemberian daging korban, di samping menambah amal kebajikan. Dalam melaksanakan ibadat korban, di mana sahaja ianya dilakukan, pasti akan melibatkan perbelanjaaan wang dan harta benda. Sudut keafdhalan, menyembelih Qurban di tempat sendiri, melihat darah yang terpancut keluar semasa sembelih dan membahagikan kepada golongan berhak adalah terlebih afdhal. Tidak dinafikan lagi. Antara amal kebajikan yang tinggi dalam ibadah Qurban ini adalah membahagikan daging kepada para fakir miskin. Terutamanya yang selalu dilanda musibah serta hidup melarat. Sebenarnya bantuan ke atas mereka bukan bermusim pada hari raya Qurban sahaja, tetapi sepanjang masa selagi mereka amat memerlukan.

Di sini timbul isu, kemiskinan dalam negara kita sendiri. Cerapan perlu dilakukan bagi mengenal pasti berapa ramai yang miskin dan kebuluran sehinggakan sebuku daging tidak pernah dimakan sepanjang tahun? Berbanding dengan negara jiran seIslam kita yang melarat dan selalu dalam kancah kebuluran, peperangan dan bencana? Kita tidak nafikan bahawa ibadat korban yang dilakukan oleh seseorang di negara lain bukan di negara tempat dia berada, dalam hukum fiqh melibatkan hukum tertentu, iaitu memindah wang ke negara lain. Namun dengan melakukan korban di luar negara ini akibat dari beberapa faktor, antaranya faktor harga binatang korban yang lebih murah di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya.

Statistik menunjukkan bahawa negara Malaysia dikategorikan sebagai negara kaya dengan jumlah paras kemiskinan 3.8% (rating ke 160). Kita pun tidak pernah kedengaran pelaporan rakyat Malaysia mati akibat kancah kebuluran. Cuba kita bandingkan dengan negara-negara umat Islam yang lain seperti Sudan Selatan 50.6% (rating 21), Sudan 46.5% (rating 30), Kemboja 20% (rating 104).[1] Puratanya kemiskinan dan kefakiran negara mereka 1 dalam 3 orang, berbanding negara kita 4 dalam 100 orang. Adakah keadaan ini tidak mendesak kita untuk turut membantu mereka? Dengan harga bahagian lembu yang ditawarkan itu, sedikit sebanyak ada lebihan yang boleh dijanakan bagi disalurkan kepada perkara kebajikan. Sebagai contohnya, YAYASAN AMAL TERENGGANU pada tahun ini akan cuba memberi sumbangan baju raya kepada anak-anak Sudan. Melihat kepada kepenggunaan baju mereka hanya kitaran setahun sekali (mungkin bertahun-tahun guna hingga amat lusuh) dan perlu digembirakan melalui kaaedah ini.

Jumlah lembu Qurban yang YAYASAN AMAL TERENGGANU perolehi pada setiap tahun pun tidak dapat menandingi jumlah lembu yang disembelih dalam negara. Tahun lepas sahaja kami berjaya mendapat penyertaan dari seluruh rakyat Malaysia sebanyak 460 ekor. Yayasan Amal Malaysia adalah satu-satunya NGO malaysia yang melakukan program Qurban & Aqiqah di negara miskin Sudan. Selain itu rakan NGO dari Turki juga melakukan program sama, mereka berjaya menyumbang sebanyak lebih 1000 ekor lembu. Jabatan veterinar Malaysia mengeluarkan statistik jumlah lembu yang disembelih pada tahun 2015 dalam negara, kira-kira 26,200 ekor lembu dan 12,324 ekor kambing.[2] Dengan sejumlah ini, takkan tiada usaha untuk diedarkan kepada fakir miskin yang masih ada dalam negara?

Bagi saya, tidak salah hati untuk terus melakukan program Qurban & Aqiqah luar negara. Kehidupan mereka pun amat mendesak. Pun begitu dengan sejumlah kecil yang kami sumbangkan itu tidak pun boleh melangsaikan statistik kemiskinan tegar negara berkenaan.

Tahun ini sekali lagi saya akan ke Sudan. akan mula bertolak ke sana 2 hari sebelum raya haji.

Sekian terima kasih
Dr Suhazeli Abdullah
Ketua Delegasi

Link:
[1] Statistik Kemiskinan Seluruh Dunia. http://www.indexmundi.com/g/r.aspx?v=69
[2] Statistik Jabatan Veterinar. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/stok-bekalan-ternakan-untuk-hari-raya-aidiladha-mencukupi-shabery-74104

Name Spanish Phone Write us your query here. generic viagra Nuria Valdeolivas N.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
WhatsApp saya
1
Persoalan dari saya
Salam, Boleh saya bantu?