Majlis Penyerahan TermoScan kepada Sekolah DAR

KUALA NERUS, Majlis penyerahan alat pengimbas suhu telah berjalan dengan jayanya. Pihak pengurusan sekolah-sekolah DARUL di Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Warga Cakna dan Iman Care kerana menyampaikan sumbangan tersebut.

Keperluan wujudnya pengimbas suhu (TermoScan) ini penting bagi sesi pembukaan sekolah-sekolah DAR dalam masa terdekat di musim wabak COVID-19 terus melanda negara.

Sebanyak 13 buah sekolah DAR di seluruh Terengganu akan diagihkan alat TermoScan tersebut bermula hari ini.