Perlaksanaan Qurban Aqiqah 2020

Pada tahun ini Warga Cakna akan meneruskan lagi program Qurban, Aqiqah dan Wakaf Naskah Al Qur’an.

Sejak sekain lama Warga Cakna melaksanakan program ini, dan setiap tahun wakil / team Warga Cakna akan ke negara berkenaan untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Namun tahun ini, akibat dari Pandemik COVID-19, team kita tidak dibenarkan keluar negara. Kita mengambil keputusan untuk melaksanakan dengan memberi wakil pembelian, pengurusan, penyembelihan dan pengagihan daging qurban oleh NGO yang selalu bersama Warga Cakna setiap tahun.

Tiga rakan NGO Warga Cakna di 3 buah negara sudah pun mengikat perjanjian bersama kita untuk menyempurnakan tugasan tersebut:

1. Di Basilan, Mindanao – Makanak Bangsamoro Inc. telah diberi tugasan. Team mereka sudah pun bersiap sedia untuk mencari lembu dan kambing.

2. Di Palu, Sigi dan Donggala Sulawesi – Relawan Indonesia (Relindo) juga telah bersiap siaga. Tunggu arahan lanjut dari kami berapa ekor haiwan Qurban tambahan yang diperlukan.

3. Di Sudan – Al Ehsan Charity & Relief akan melaksanakannya. Al Ehsan ini adalah NGO yang sudah sejak lama berhubung dengan Warga Cakna. Sejak 2013 lagi.

4. Manakala di Garissa Kenya, Tiada haiwan qurban yang akan disembelih. Ini kerana negara mereka masih lagi dalam wabak. NGO di sana tidak sanggup untuk meneruskan khidmat kemanusiaan ini. Tetapi mereka sanggup untuk melaksanakan agihan naksah wakaf Al quran. Sebanyak 2000 naskah telah dibeli dan akan diedarakn secepat mungkin.

5. Justeru semua bahagian qurban di benua afrika akan dilaksanakan di Sudan.

Kita mengharapkan doa dari anda semua agar program berjalan dengan jayanya. InshaAllah laporan penyembelihan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Boleh lawati  website rasmi warga cakna di www.wargacakna.org dan fb.com/wargacakna.org.

Sekian
Urusetia Cakna Qurban 2020
Pendaftaran masih dibuka kepada mana-mana ahli keluarga yang ingin melaksanakan qurban bersama dengan Warga Cakna.