Bantuan Persekolahan Anak Asnaf

Majlis sumbangan bantuan persekolahan anak-anak yatim dan miskin. Sumbangan ini adalah hasil dari saluran yang diberikan oleh individu dermawan. Warga Cakna hanya sebagai penyambung kepada kebajikan ini bagi menyempurnakan sumbangan.

Setiap bulan terdapat beberapa individu yang memberikan sumbangan secara tetap melalui Warga Cakna untuk disalurkan kepada mereka yang dhaif. Terima kasih atas keprihatinan semua.