Home Aktiviti Warga Cakna Sambutan Eidul Adha 1441H

Sambutan Eidul Adha 1441H

122
0

Team Warga Cakna yang berada di setiap lokaliti pada tahun ini berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya Eidul Adha dan seterusnya menyempurnakan program ibadah qurban.

Persiapan bermula dengan penghantaran haiwan qurban di lokasi yang telah ditetapkan seterusnya hari ini majlis penyembelihan berlangsung.

Dalam negara, 3 lokasi telah ditetapkan.

1. Masjid Kampung Butut Baru, Kuala Berang. 2 ekor lembu disembelih. Majlis adalah dengan kerjasama dari Pengurusan Masjid dan MPKK.

2. Kampung Telaga Papan, Setiu, seekor lembu telah disembelih. Program kerjasama dengan Permaisuri Care dan MPKK.

3. Sebanyak 3 ekor lembu pula disembelih di Masjid Nyiur 7 Besut. Kerjasama diusahakan bersama MPKK dan pengurusan Masjid Nyiur 7.

Program Qurban luar negara pula berlangsung di 3 negara. Pada awalnya 4 buah negara, namun di Kenya tidak dapat dilakukan kerana pandemik COVID-19.

Alhamdulillah di 3 buah negara, Indonesia, Filipina dan Sudan berjaya kita laksanakan ibadah qurban pada kali ini. Sebanyak 159 ekor lembu dan 130 ekor kambing telah disembelih keseluruhan 3 buah negara tersebut. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai program kali ini.

1. Gardarif Sudan, proses penyembelihan berlaku pada hari raya pertama dan kedua. Sebanyak 114 ekor lembu dan 95 Ekor kambing tumbang. Sdr Idris, pengerusi Al Ehsan Charity Foundation yang menjadi wakil kita menguruskan perjalanan program.

2. Sebanyak 32 ekor lembu dan 15 ekor kambing disembelih di Isabela, Basilan. Daging telah diagihkan ke perkampungan yang pedalaman. Sdr Tony Sakkalahul yang mewakili Makanak Inc. yang mengusahakan kerjasama ini.

3. Di Sulawesi dan daerah persekitaran Sigi, Palu, Donggala pula sebanyak 13 ekor lembu dan 20 ekor kambing telah berjaya disembelih. Ustaz Ahmad Sukrylah dari Relindo dan team beliau di Sulawesi menjadi wakil kita menguruskan perjalanan program.

It is important to know this concern of the fetus so as not to be alarmed when movements intensify. viagra 100mg This month offers calm and tranquility to future parents, since after three months the risk of natural abortion is considered exceeded.

Previous articleBantuan Persekolahan Anak Asnaf
Next articleBantuan Kecemasan Aid4Labenon dilancarkan