Sumbangan Madrasah Darul Sunah, Pulau Jambongan, Sabah

Terima kasih kepada semua penderma yang menghulurkan derma melalui Warga Cakna bagi pembangunan dan pendidika Madrasah Darul Sunnah di Pulau Jambongan, Sabah.

Dengan jumlah yang diberikan oleh para dermawan, kita mampu memberikan sedikit kelegaan kepada mereka dan penduduk yang mendapat pendidikan agama di sana.

Terima kasih rakan NGO Persatuan Minda Progresif (PMP) yang mewakili Warga Cakna bagi menyampaikan sumbangan tersebut. Adalah diharapkan banyak lagi sumbangan diberikan oleh para dermawan bagi membina modal insan dan frasarana di Pulau yang agak terpinggir itu.