Dana Khas Amilin

Dana Khas Amilin

Bantuan Khas buat Guru PASTI Terengganu yang Menghadapi Krisis COVID-19 kini Dilancarkan


Antara golongan yang terkesan dengan COVID-19, adalah guru-guru PASTI. Sumber sara hidup mereka kebanyakannya adalah dari yuran pelajar dan sumbangan dari masyarakat setempat. Jika masyarakat itu golongan berada dan prihatin nasib mereka, maka tertunailah nafkah makan minum mereka untuk bulan itu. Sejak Mac lalu, mereka begitu terkesan, kelas-kelas semua ditutup. Justeru, sumber pencarian mereka juga terputus. Sebilangan besar dikalangan ketua keluarga mereka pula tiada mata pencarian yang tetap. Kais pagi makan pagi. Apabila PKP yang berlanjutan sehingga ke fasa-4 ini, memang amat menyedihkan.

.

Lihat video bulan lepas yang pihak kami telah sampaikan:

.

Maklumat yang kami  perolehi, 45.7% guru-guru berkenaan (disatu kawasan) tidak menerima langsung upah kerana sekolah sudah di tutup akibat PKP. Sebahagian dari mereka adalah ibu tunggal, atau suaminya hanya mengambil upah pemandu van barang dan ramai juga yang bekerja kampung.

Bayangkan dengan sekadar bantuan yang dihulurkan oleh pihak berwajib, cukup seminggu dua. Selebihnya mereka terpaksa berlapar. Mereka pun bukan jenis suka meminta-minta.

.

Justeru, usaha dari kita yang sedikit diberikan kewangan yang lebih ini membantu mereka sedikit sebanyak keperluan dibulan-bulan mendatang sehinggalah wabak COVID-19 terhapus dalam negara kita. Atau sekurng-kurangnya PKP dilonggarkan dengan pembukaan sekolah.

Memang ya, kerja mendidik anak bangsa itu adalah kerja sukarela. Ianya dilakukan atas dasar fi sabilillah. Namun perlu kita lihat juga, setiap manusia juga mempunyai hak asasi atas diri sendiri seperti makan, minum dan tempat tinggal. Di sinilah tugas masyarakat untuk membantu dan menyokong sekadar mampu para pejuang pendidikan anak bangsa itu.

.

Atas dasar prihatin, Warga Cakna melancarkan Tabung Bantuan Khas COVID-19 Amilin, bagi membantu guru-guru PASTI bernafas lega demi kelangsungan hidup.


Berapa dana yang diperlukan untuk misi khas ini?

.

Sasaran kami sebanyak RM500 RIBU berjaya dicapai sebelum Julai 2020

Yang mana wang ini akan digunakan bagi

  • membeli keperluan harian yang mendesak serta
  • sedikit wang saku.

Namun, percayalah misi ini takkan berjaya!

.

Sekiranya kami tidak menerima bantuan dan sumbangan dari tuan-tuan. Sesungguhnya, mereka sangat berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan kepada mereka menghadapi situasi yang sedang terdesak ini.

.

Ayuh! sama-sama bantu para amilin kita.

.

Allah SWT berfirman dalam Surah Saba’, ayat 34 yang bermaksud:

“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”

Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?

.

Di bawah ini, ada beberapa pilihan pakej sumbangan. Anda boleh hulurkan ikut kemampuan.

Pakej Golden Heart Amilin = RM500

Pakej Bliss Amilin = RM300

Pakej Joy Amilin = RM100

Pakej Happiness Amilin = RM50

Pakej Kindness Amilin = RM30

.

Sungguh, sumbangan anda amat bermakna buat mereka saat ini.

Kami doakan anda yang menyumbang ini dilipat gandakan rezeki dan dimudahkan segala urusan hidup. Amin.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

*Ruangan yang Wajib diisi

RM 12550

Jumlah Sumbangan terkumpul setakat ini.
dari RM 500,000