SASARAN 10 RIBU NASKAH AL QUR’AN DIPERLUKAN KEPADA GOLONGAN DHAIF

.

Sepanjang misi kemanusiaan yang kami hadiri, majoriti para individu yang TERPINGGIR samada pelarian, gelandangan atau institusi agama persendirian tidak mempunyai naskah Al Qur’an yang lengkap. Sebahagian besar mereka membaca, menghafal dan beramal dengan Al Qur’an yang ditulis atas papan-papan kayu ataupun Al Quran yang sudah lusuh.
.
.
Mereka amat-amat memerlukan ehsan dari kita bagi membantu mereka untuk mengenal, membaca, dan mengamalkan Al Qur’an dalam kehidupan mereka.
.
Cuba bayangkan dan tonton kehidupan mereka yang serba kekurangan termasuk naskah Al Quran yang terhad.
.
Kita pun semua maklum bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah seluruh amalnya. Kecuali 3 perkara akan terus mengalir walaupun setelah kita meninggal.
✅ Sedekah jariah
✅ Ilmu yang bermanfaat
✅ Anak yang mendoakannya
(Hadis Riwayat Muslim)
.

KEMPEN 10,000 WAKAF AL QUR’AN DILANCARKAN

Kami menyasarkan untuk membantu lebih dari 10 RIBU keluarga yang kurang bernasib baik di negara-negara muslim yang dhaif seperti SUDAN, KENYA dan beberapa negara lagi. Bantuan ini kami akan sampaikan selagi mana mereka terdesak dengan kancah politik tempatan.

Berapa Jumlah Dana & Bantuan Yang Disasarkan?

Setakat ini, kami sasarkan jumlah kutipan sebanyak 10 RIBU NASKAH untuk membantu jiran-jiran kita ini.

Dengan setiap NASKAH KITAB SUCI AL QUR’AN terkumpul, anda semua mampu mengukir senyuman sebuah keluarga yang memerlukan.

*Naskah al Qur’an akan dibeli dinegara terbabit dengan kos yang pelbagai.

Ayuh sama-sama kita sharekan usaha murni ini kepada orang ramai untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan. Setiap sumbangan yang anda hulurkan dapat memberikan harapan kepada mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membantu mereka?

Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki serta membalas sumbangan anda dengan kebaikan pahala di dunia dan di akhirat Insya Allah.


Bagaimana anda boleh membantu?

1. Untuk memudahkan anda menghulurkan bantuan, kami telah susun mengikut pakej seperti di bawah:

✅ PAKEJ MUTIARA = 50 NASKAH WAKAF 

✅ PAKEJ EMAS = 30 NASKAH WAKAF 

✅ PAKEJ PERAK = 10 NASKAH WAKAF 

✅ PAKEJ MAMPU WAKAF= X NASKAH

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi untuk membantu mereka, semoga Allah membalas setiap sumbangan anda dengan nikmat yang lebih besar, Insya Allah.

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : Maybank Islamic

Nama : Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu

No Akaun : 563037065007

#Tolong letakkan rujukan “WAKAF AL QUR’AN” untuk mudahkan pihak kami.

2. Upload bukti sumbangan ke email wargacaknatrg@gmail.com atau hantar bukti transaksi melalui borang berikut

‍‍‍‍‍‍3. Isi butiran sumbangan di bawah yang diperlukan dengan lengkap.

Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang menyumbang. Semoga Allah membalas dengan rezeki dan pahala yang berterusan, Insya Allah.

  •  Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: Admin + 60195003475

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

*Ruangan yang Wajib diisi

Ikuti Facebook Kami

Program Waqaf Al Qur’an

Berita Terkini