Permohonan Cakna Qurban

CAKNA QURBAN & AQIQAH

Mudah dan MurahSistem online yang diyakiniTeam Qurban yang dipercayaiLebih 10 tahun Pengalaman urusan Qurban

PENYERTAAN AKHIR

Dibuka untuk LEMBU dan KAMBING Benua ASIA

17 Bahagian Lembu dan 8 Ekor Kambing lagi

Program Qurban & Aqiqah 2020

.
Tuan puan yang dirahmati Allah. Pada tahun ini kita akan meneruskan program Qurban & Aqiqah dan Wakaf Naskah Al Qur’an ke Mindanao, Palu, Kenya dan Sudan.
.
Kita mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan bagi melaksanakan amanah dan seterusnya menyempurnakan ibadah yang diwakilkan melalui kami, NGO WARGA CAKNA saban tahun.

Gambar: Program Qurban 2019 di Garissa Kenya

.

Siapa Rakan Kolaborasi Warga Cakna dinegara yang berkenaan?

.
Di Kenya, Mountain of Mercy dilantik sebagai wakalah, manakala di Sudan pula rakan NGO kita, Al Ehsan Foundation telah bersetuju mengambil peranan. Di samping itu, MAKANAK ORG, Mindanao dan NGO  Lancang Kuning, Indonesia akan mewakili kita bagi menyempurnakan ibadah Qurban atau Aqiqah.
.

.

Pakej Harga yang Ditawarkan

.

Pada tahun ini kita akan meneruskan program Qurban & Aqiqah dan Wakaf Naskah Al Qur’an ke 4 buah lokasi terpilih iaitu Mindanao, Palu, Kenya dan Sudan. Pakej adalah seperti berikut:
.
🅰️ Pakej A, Benua Afrika (Kenya dan Sudan): 
RM350/1 bahagian lembu🐂Sudah Habis
RM550/1 ekor kambing🐐Sudah Habis
.
🅱️ Pakej B, Benua Asia (Mindanao dan Palu, Sulawesi):
RM400/1 bahagian lembu🐂Sudah Habis
RM550/1 ekor kambing🐐Sudah HABIS
.
⭕️Pakej C, Wakaf Naskah Al Qur’an
RM30/1 naskah [semua tempat]❣️
.

Apakah Manfaat program Qurban ini?

.
Konsep program adalah kebajikan dan kemanusiaan.
“Maka Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan AMAL KEBAIKAN” Petikan dari ayat 148 surah Al-Baqarah
.
Selain dari itu anda mendapat ganjaran pahala kerana berqurban, dalam masa yang sama dapat memberi bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada golongan yang fakir miskin.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah AMAL yang IKHLAS berdasarkan taqwa dari kamu.” Maksud Surah Al Haj: 37
.
Marilah kita menyambar PELUANG BESAR ini yang cuma empat hari sahaja bagi bekal untuk sepanjang tahun yang datang hanya setahun sekali, sebagai bekalan meniti titian sirat.
.

Bagaimana Cara Sertai?

.
Kami menyediakan platform yang mudah, murah dan diyakini. Hasil pengalaman yang kami dapat, sistem yang dibuat secara atas talian, memang memudahkan setiap peserta untuk mengisi borang seterusnya membuat pembayaran atas talian.
.
.
“New Dimension of Charity”
.
Sekian.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengarah Qurban 2020
Warga Cakna
MAYBANK : 563037065007
WARGA CAKNA
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
[bws_pdfprint display=’pdf,print’]

Minta Maaf Permohonan ditutup

FAQ Qurban (9)

Apa hukum anak-anak bawah umur menyertai ibadah korban dengan duit raya yang dikumpulkan atau duit tabungannya sendiri?
✅ Jawapan
Kanak-kanak yang belum matang mempunyai hak pemilikan tetapi tidak mempunyai hak pengurusan.Mereka berhak menerima bahagian harta pusaka dan apa jua sumbangan , namun mereka tidak layak membelanjakan harta mereka kerana mereka tidak mampu membuat pertimbangan untung rugi. Oleh itu harta mereka wajib diurus oleh pihak lain. Setiap perbelanjaan yang boleh mengurangkan harta mereka adalah haram dilakukan walaupun di atas nama kebajikan menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.
Kitab Tahrir al Fatawa karangan Abi Zur’ah al Iraqi  menyatakan:
قال الماوردي: ولا يجوز لولي الطفل والمجنون أن يضحي عنهما من أموالهما
Imam Mawardi menyatakan tidak harus bagi wali kanak-kanak dan wali orang gila berkorban untuk keduanya dengan menggunakan harta kanak-kanak dan orang gila tersebut.

Bolehkan mak ayah buatkan korban untuk anak-anak? Maksudnya ambil bahagian korban dan letak atas nama anak-anak.

✅ Jawapan

Boleh ibubapa melakukan korban untuk anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka. Maksud di bawah jagaan ialah anak-anak yang masih berada di bawah tanggungan kedua ibubapanya walaupun anak-anak tersebut tidak mengetahui ibubapa mereka melakukan korban untuk mereka. Namun perbelanjaan ibadat itu WAJIB diambil dari harta ibubapa BUKAN harta anak-anak tersebut.

Kitab al Najm al Wahhab menyatakan:

ولا تجوز لولي الطفل والمجنون أن يضحي عنه من مال المحجور، ويجوز من مال الولي

Tidak harus bagi wali ( penjaga ) kanak-kanak dan wali ( penjaga ) orang gila berkorban untuk mereka dengan menggunakan harta mereka ( kanak-kanak dan orang gila ) tetapi harus jika diambil dari harta wali berkenaan.

Di dalam nas al-Quran, jelas menunjukkan bahawa zakat itu telah ditetapkan kepada pemiliknya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡعَٰمِلِينَ عَلَيۡهَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمۡ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَٰرِمِينَ وَفِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu adalah milik orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan para ‘amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Taubah (60)
Imam al-Qurtubi Rahimahullah apabila menafsirkan ayat ini beliau menyebut: “Al-Syafi’e dan ashabnya mengatakan bahawa huruf ‘lam’ (di dalam ayat tersebut; لِلۡفُقَرَآءِ ) membawa maksud al-Tamlik (pemilikan)”. Justeru, golongan-golongan yang disebutkan oleh nas sahaja yang boleh menerima zakat. Lihat Al Jamik Li Ahkaam Al-Quran, Al-Qurthubi, 8/167.
Berdasarkan kenyataan yang dinyatakan oleh Imam Al-Syafi’e dan para ashabnya di atas, dapatlah difahami bahawa harta zakat tersebut secara hakikatnya bukanlah milik individu yang mengeluarkan zakat sehingga dia boleh untuk membelanjakannya membeli haiwan bagi tujuan korban atau akikah. Sebaliknya, harta zakat tersebut adalah milik kepada lapan asnaf (golongan) yang telah dinaskan di dalam al-Quran tersebut. Justeru, adalah tidak boleh bagi seseorang yang menunaikan zakat itu untuk membeli haiwan korban ataupun akikah menggunakan wang zakat tersebut.
Berkenaan dengan persoalan mengenai akikah, kami juga mencadangkan kepada penyoal untuk merujuk kepada artikel yang telah kami jelaskan secara panjang lebar berkaitan isu akikah dan hukum-hakam berkaitan di dalam ruangan Al-Kafi Li Al-Fatawi menerusi pautan berikut https://goo.gl/CPxLH5
Di dalam artikel di atas juga terdapat penjelasan berkenaan individu yang bertanggungjawab melakukan akikah iaitu golongan al-aslu kepada bayi seperti ayah ataupun datuknya.
Kesimpulan
Dalam isu ini, kami berpandangan bahawa hukum menggunakan wang zakat pendapatan untuk membeli kambing bagi tujuan akikah adalah tidak dibolehkan. Walaupun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan duit lain (yakni bukan duit zakat pendapatan tersebut) untuk melaksanakan akikah, dengan cara duit ini disedekahkan kepada bapa bayi tersebut terlebih dahulu. Manakala berkenaan dengan isu pengagihan daging akikah, adalah tidak disyaratkan untuk seseorang itu membahagikannya dengan cara tertentu. Bahkan boleh untuk pemilik akikah itu mengagihkan kepada tiga bahagian, iaitu sepertiga untuk keluarga, sepertiga untuk jiran dan kaum kerabat, dan sepertiga lagi untuk golongan fakir dan yang memerlukan. Ataupun boleh juga untuk dia memnyembelih kambing dan mengadakan kenduri secara kecil-kecilan serta dihimpunkan kaum kerabat dan jiran untuk makan bersama. Semoga jawapan ini memberikan pencerahan yang jelas kepada semua.
Ustaz Muhammad Hagia bin Mohd
Ameen.
Penyertaan sudah dibuka dengan:
Harga 1 bhgn lembu: RM350
Harga 1 ekor Kambing: RM550
>>Boleh hubungi pihak urusetia di www.wargacakna.org
Tidak. Warga Cakna adalah sebuah NGO baru dan kerdil dalam menganjurkan program seperti ini. Di Malaysia sudah banyak organisasi yang buat, antaranya Serantau Muslim, Muslim Care, Iman Care, Yayasan Amal dan banyak lagi. Mereka sudah lama berkecimpung dalam program kebajikan ini. Cuma di Kenya, Warga Cakna baharu sahaja ingin mengorak langkah untuk ke sana. Sebelum ini tiada organisasi besar masuk untuk laksanakan ibadah qurban.
Keutamaan melakukan ibadah qurban adalah dengan kita sendiri laksanakan pembelian lembu, penyembelihan dan pembahagian daging. Jika mewakilkan kepada orang lain adalah kurang afdal tetapi pahala tetap diperoleh. Namun menolong dan berkebajikan kepada miskin yang lebih dhaif juga dituntut. Dalam negara, sudah banyak program qurban dilaksanakan dan pengagihan daging sudah dilihat agak mewah. Justeru, melakukan qurban di negara-negara fakir miskin lebih diperlukan.
Negara-negara tersebut berada dalam konflik yang berpanjangan. Perang saudara, perebutan kuasa menyebabkan ekonomi tidak stabil. Ramai  rakyat berada di bawah paras kemiskinan. Kadar kemiskinan di Kenya sahaja 36.1%. Ditambah lagi dengan kemasukan pelarian yang juga dhaif dari Somalia, Ethiopia dan Sudan. Kenya adalah negara kedua teramai pelarian di benua Afrika selepas Ethiopia.
Kehidupan mereka yang miskin serta dhaif. Wajib bagi kita membantu mereka sekadar kemampuan kita. Sekali setahun layanan pemberian daging qurban atau aqiqah setidak-tidaknya boleh memberi keceriaan kepada kehidupan mereka.
Terdapat khilaf ulama berkaitan niat Qurban ke atas orang mati. Kedua-dua pandangan boleh diterima. Namun saya lebih cenderung kepada tidak sah, kerana Qurban ini adalah ibadah khusus atas individu. Niat Qurban juga tidak boleh atas organisasi.
.
Sudikan diri membaca dahulu membaca tulisan ini sebagai ilmu. Sesungguhnya ilmu itu lautan bagi kita yang dahagakan kehidupan yang sempurna.
.
Tulisan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Taha, Pensyarah UniSZA dalam isu ni.
*BERKORBAN UNTUK ORANG HIDUP*
Tidak sah berkorban untuk orang yang masih hidup melainkan dengan izinnya. Namun begitu dikecualikan bapa atau datuk maka harus baginya berkorban untuk si anak atau si cucu dengan menggunakan harta bapa atau harta si datuk itu.
Adapun berkorban dan berniat pahala korban itu untuk orang lain yang masih hidup atau sudah mati maka itu dibolehkan.
*BERKORBAN UNTUK SI MATI*
Menurut mazhab Shafei tidak sah berkorban untuk orang yang telah mati melainkan jika si mati itu berwasiat supaya dilakukan korban untuknya.hukum ini berdalilkan kepada hadis berikut:
عَنْ حَنَشٍ قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا يُضَحِّى بِكَبْشَيْنِ فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَوْصَانِى أَنْ أُضَحِّىَ عَنْهُ فَأَنَا أُضَحِّى عَنْهُ.
Maksudnya: _Dari Hanasy katanya aku pernah lihat Ali (RA) mengorbankan dua ekor kibas maka aku berkata kepadanya apa ini? ( mengapa korban dua ekor? ) jawab Ali (RA) sesungguhnya Nabi SAW berwasiat kepada aku agar aku berkorban untuknya, maka akupun berkorban untuk baginda._
Hadis riwayat Abu Daud
*Kesimpulan*
*1. Jika arwah pernah berniat dan diwasiatkan untuk buat Qurban maka bolehlah waris membuat qorban diniatkan atas arwah.*
*2. Jika arwah tidak pernah pesan atau wasiat sedemikian, tidak sah. Kecuali waris melakukan qorban atas dirinya sendiri dan pahala qorban itu diniatkan kepada arwah (Perbuatan dan doa anak yang soleh akan terus menerus mengalir kepada ayah bonda yang sudah meninggal).*
Wallahuaklam
Dr Suhazeli Abdullah

Load More