Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Sedekah yang bagaimana yang paling besar pahalanya?” Nabi SAW menjawab: Saat kamu bersedekah hendaklah kamu sihat dan dalam keadaan senang dan saat kamu takut melarat tetapi mengharap kaya. Jangan ditunda sehingga roh mu di tenggorok baru kamu berkata untuk si polan sekian dan untuk si polan sekian.

(Maksud Hadis riwayat al-Bukhari)


TABUNG BENCANA KEBAKARAN

PASTI NURUL HANNANI DIBUKA

Luluh hati tengok tempat mendidik anak-anak PASTI Nurul Hannani Tawau Sabah ini ranap ditelan api sekelip mata. Mujur tiada mangsa yang terperangkap dan maut. Tetapi bangunan indah itu musnah dijilat api.
.

Lihat Video kejadian yang berlaku:

Kami telah menghubungi pihak PASTI Nurul Hannani dan Dewan Muslimat Sabah untuk turut membantu membangunkan semula pusat asuhan anak-anak tunas Islam itu.
.
Ingatlah anak-anak inilah generasi akan datang untuk membentuk negara sejahtera. Bayangkan jika tiada tempat yang sempurna, pendidikan awal anak-anak itu akan terabai.

Ayuh! sama-sama bantu anak PASTI,
.
Allah SWT berfirman dalam Surah Saba’, ayat 34 yang bermaksud:
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”
.
Caranya bagaimana?
Boleh klik link rasmi di bawah untuk menyumbang:
https://www.wargacakna.org/tabung-bencana/
Atau
MAYBANK : 563037065007
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
‘Reference’: #PastiTawau
Email: wargacaknatrg@gmail.com
Tel: 0195003475


Tabung Bencana

Sumbangan Bencana Banjir, Kebakaran dan lain-lain.

Step 1 of 2

50%

Secure Payment with:

26/8/2020; Kebakaran PASTI Nurul Hannani Tawau, Sabah

2/6/2019; Kebakaran Rumah Hj Manaf

30.5.2019; Penyiapan Bangunan PASTI LUBUK PAIT