Posts

Singgah Sahur Frontliners

Dini hari tadi adalah terakhir penghantaran makanan ke frontliners. PKPB sudah berkuat kuasa, sedikit kelonggaran kepada sektor ekonomi untuk beroperasi. Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, jadi frontliners mempunyai pilihan untuk dapatkan bekalan makanan sahur.

.

Terima kasih kepada semua team relawan #Covid19. Pergerakan anda semua tak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hanya Allah menilai kita semua. Percayalah kebajikan itu adalah permata yang sukar dibayar dengan wang ringgit dunia. Akhiratlah penentu segalanya.

.

Namun petang nanti kita ada tugasan untuk penghantaran lauk pauk berbuka puasa pula. Sila bersiap siaga semua. Lokasi hari ni lebih 45 buah rumah.

.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penderma yang beri kepercayaan kepada Warga Cakna bagi menyempurnakan ibadah sedekah ini. Sesungguhnya jambatan pahala melalui kebajikan tidak mengenal sempadan geografi dan warna kulit.

.

Pengerusi Wargacakna.org

Cakna Ramadan Frontliners

Penghantaran juadah sahur kepada frontliners bermula malam kelmarin. Sumbangan yang tuan puan hulurkan untuk juadah berbuka dan bersahur InshaAllah sampai ke mulut mereka. Semoga kekenyangan dan kegembiraan yang mereka kecapi turut juga menjadi modal pahala tuan puan di akhirat nanti.

.

Kami hanya melaksanakan amanah yang diberikan. Pasukan relawan pun bekerja dengan ikhlas hati.

.

Sesungguhnya Allah sayang kita semua dalam membuat kebajikan dan kebaikan. Di bulan yang penuh berkah, rahmah serta keampunan ini, kita pulangkan kembali segala kerja buat dan niat kita kepada Allah untuk menilai dan memberikan ganjaran yang setimpal.

.

Aameen.

.

Lokasi gambar: Hospital Hulu Terengganu