Posts

Dana Syamimi diSempurnakan

Masih ingat kisah pelajar medik Mesir bernama Syamimi? Setahun berlalu, Sdri Syamimi sudah pun graduate dan menunggu posting latihan siswazah dalam negara.

Rupanya ramai lagi #Syamimi yang berada di Mesir. Pengkisahan dan jerit perih mendapatkan sponsor pengajian lebih kurang sama dengan Syamimi.

Kisah Syamimi ini selalu mengingatkan kami di Warga Cakna bahawa rintihan adik-adik medik Mesir ini tidak berkesudahan. Keluhan mereka tidak bertepi.

Sedaya yang mampu Warga Cakna menghulurkan bantuan kepada “Syamimi”.

Sebelum menamatkan pengajian, yuran wajib diselesaikan. Jika tidak, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau tidak dikeluarkan sijil rasmi pengajian. Selagi tidak langsai hutang, urusan mereka dengan pihak universiti Mesir akan tertunggak. Makin lambatlah “Syamimi” menjalani latihan siswazah dan seterusnya membina kehidupan sebagai seorang doktor.

Hari ini kami memberi sumbangan hasil #DanaSyamimi dari seluruh rakyat Malaysia yang cakna. Terima kasih semua.

Suhazeli Abdullah

Pengerusi

www.wargacakna.org

12.10.2019

Kuala Berang

Dana Pembangunan PASTI Lubuk Pait

Kuala Berang, 1 Jun 2019: Satu majlis penyerahan sumbangan kepada PASTI Kg Lubuk Pait telah disempurnakan dekat sini. Majlis berlangsung dengan penuh meriah yang turut disertai Penyelaras DUN Telemong, Sdr Mat Sapari Abu.

Penyampaian dana ini adalah hasil dari sumbangan individu yang mengamanahkan Warga Cakan menymapaikan kepada pembaikian dan pembangunan PASTI Lubuk Pait.

Majlis penyerahan dana dan berbuka puasa itu tersebut turut juga disertakan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru pasti DUN Telemong.

Sumbangan Kebajikan Kemalangan

KUALA BERANG, 22 Mei 2019: Sumbangan untuk golongan miskin yang ditimpa musibah. Dua orang penerima bantuan telah diserahka, Puan Pah amat memerlukan keewangan kerana anak beliau kemalangan jalanraya dan mengalami kecederaan kaki. Walaupun beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, namun duit gaji tidak mengcukupi untuk menyara hidup sekeluarga terutama apabila menjelang hari lebaran nanti. Anak beliau yang kemalangan juda sedang sakit terlantar di rumah dan ukar untuk menampung kehidupan kerana pergerakan mencari rezeki terhad.

Penerima kedua adalah Puan Mah yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang sama. Beliau tiada tempat tinggal yang tetap kerana masalah keluarga. Hanya dapat menyara kehidupan sendiri, itupun tidak mengcukupi.

Sumbangan ini adalah hasil dari pengumpulan duit orang ramai dan Warga Cakna turun menyampaikan amanah yang diberikan itu.

Turut serta dalam majlis penyerahan adalah Pengerusi Warga Cakna, Dr Suhazeli Abdullah, Timbalan Pengerusi, Ustaz Muhammad Hagia Sofia dan Bendahari Warga Cakna, Sdr Kasmadi Ibrahim.

Warga Cakna masih membuka peluang kepada orang ramai untuk turut menyumbang dalam dana kebajikan fakir miskin ini.

Akaun Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu

Sumbangan ke akaun seperti tertera.👇🏼

PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU (WARGA CAKNA)
MAYBANK ISLAMIC: 563037065007

Sumbangan Motorsikal dan Barang Harian

Kami berusaha untuk memudahkan urusan tuan dan keluarga dengan mencari sumbangan derma membeli sebuah motor.

Syukur ada perderma yang sudi memberikan sebuah motor kepada keluarga ini. Anak-anak mereka kekadang lewat sampai ke sekolah kerana tiada kenderaan. Sekali sekala berjalan kaki, sekali sekala tumpang orang lain untuk ke sekolah.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini memberikan sinar bahagia kepada mereka.