Posts

Gerobok Rezeki

Sumbangan Anak Yatim dan Fakir Miskin

Sebahagian kecil anak yatim dan Fakir miskin yang tidak termasuk dalam senarai keutamaan pihak berwajib, telah diambil perjalanan oleh Warga Cakna. Sesuai dengan objektif Warga Cakna itu sendiri, membantu golongan yang terpinggir.

Satu majlis ringkas sumbangan telah diadakan dekat sini pada 28hb lepas. Seramai 3 buah keluarga fakir dan miskin telah diberikan sumbangan berupa wang ringgit.

Sumbangan ini adalah kutipan derma dari orang ramai.

Gerobok Rezeki

Sumbangan Gerobok Rezeki

Majlis sumbangan kepada fakir miskin dan kumpulan asnaf zakat telah disempurnakan pada 25 Disember lalu. Kali ini penerima sumbangan adalah di sekitar pekan Bukit Payung.

Ajk Warga Cakna turut hadir ke majlis tersebut telah menyampaikan sumbangan berkenaan.

Kutipan sumbangan ini adalah dari orang ramai yang prihatin mengenai nasib fakir miskin yang perlukan pembelaan berterusan.