Posts

Musim Sejuk Syria 2020

BANTUAN KECEMASAN MUSIM SEJUK PELARIAN SYRIA DILANCARKAN

Masuk tahun ke 5 kami menjadi perantara menyantuni pelarian Syria di sempadan negara seperti Jordan dan Turki. Suasana mereka sukar dibayangkan kerana keadaan politik setempat yang tidak stabil. Senantiasa berlaku peperangan yang melibatkan pelbagai pihak bertelagah.
Winter Aid Syria
Tambah pilu, lebih 3.6 juta pelarian dikehendaki kembali semula ke dalam Syria akibat dari perjanjian antarabangsa. Negara Turki dan Rusia bergabung untuk mengekang lambakan pelarian di utara Syria dan meletakkan mereka di sempadan Zon-Selamat (Safe-zone) seluas 30 km.
.
Krisis semakin parah apabila bantuan kemanusiaan untuk pelarian yang dijanjikan oleh US dipotong separuh pada tahun ini. Tahun 2019, US sebagai kuasa besar dunia hanya peruntukkan USD397 juta berbanding tahun sebelumnya sebanyak USD697 juta. Kebajikan pelarian semakin terabai.
.
Krisis kesengsaraan berganda dengan isu pemberontakan pemisah Kurdish di utara Syria, berhampiran dengan zon selamat tersebut. Menjadikan mereka tersepit dari segenap penjuru.
.
Musim sejuk menyulitkan lagi kehidupan. Suhu mencecah 0 darjah menjadikan kehidupan mereka sendiri dalam bencana. Kematian menggugah masa dek kerana kekurangan demi kekurangan dalam menghadapi persediaan musim sejuk yang melanda.
.
Kehadiran kita ingin membantu sekadar mampu. Terlalu kecil jumlah yang dibawa berbanding dengan kuasa besar dunia. Namun NGO kecil ini berjiwa besar demi menyelamatkan satu nyawa.
 
Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya." [Maksud Surah Al Maidah: 32]
Winter Aid Syria
"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat." [Maksud hadis riwayat Muslim. No: 2699]
.
InsyaAllah pada awal Disember 2020, gabungan NGO & pengusaha perniagaan akan menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria yang berada di sempadan Turki. Bantuan berupa makanan, pakaian, dan keperluan menghadapi musim sejuk kemuncak pada ketika itu.
.
Warga Cakna bersama Iman Care, Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd, Aqila Industries, HRM Travel & Tours dan beberapa lagi akan ke sana nanti.
 
.
Kita merayu sumbangan dan sokongan kempen dari semua pihak seluruh negara. Kami seru kepada pihak masjid, surau, komuniti penduduk, dan organisasi-organisasi awam mahupun swasta agar bersama membantu kami mencapai tujuan misi.
.
Hubungi dan temui rakan-rakan NGO gabungan kami bagi menyampaikan sumbangan anda. Samada sumbangan dari anda atau hasil kempen yang pihak anda bantu.
.

KEMPEN BANTUAN KECEMASAN MUSIM SEJUK DILANCARKAN

Kami menyasarkan untuk membantu lebih dari 10 RIBU keluarga yang tersepit antara dua peperangan. Mereka yang masih berada disempadan-sempadan negara seperti Turki, Jordan dan Lubnan.

Berapa Jumlah Dana & Bantuan Yang Disasarkan?

Setakat ini, kami sasarkan jumlah kutipan sebanyak RM500,000 untuk membantu pelarian yang kelaparan dan kesejukan ini.
Dengan setiap RINGGIT yang  terkumpul, anda semua mampu mengukir senyuman sebuah keluarga yang memerlukan.
Ayuh sama-sama kita sharekan usaha murni ini kepada orang ramai untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan. Setiap sumbangan yang anda hulurkan dapat memberikan harapan kepada mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membantu mereka?
Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki serta membalas sumbangan anda dengan kebaikan pahala di dunia dan di akhirat Insya Allah.

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Untuk memudahkan anda menghulurkan bantuan, kami telah susun mengikut pakej seperti di bawah:
✅ PAKEJ MUTIARA = RM1000
✅ PAKEJ EMAS = RM500
✅ PAKEJ PERAK = RM300
✅ PAKEJ GANGSA= RM100
✅ PAKEJ SEIKHLAS HATI= RMXXXX
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi untuk membantu mereka, semoga Allah membalas setiap sumbangan anda dengan nikmat yang lebih besar, Insya Allah.

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : Maybank Islamic
Nama : Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu
No Akaun : 563037065007
#Tolong letakkan rujukan “HELP SYRIA" untuk mudahkan pihak kami.
2. Upload bukti sumbangan ke email wargacaknatrg@gmail.com atau hantar bukti transaksi melalui borang berikut
‍‍‍‍‍‍3. Isi butiran sumbangan di bawah yang diperlukan dengan lengkap.
Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang menyumbang. Semoga Allah membalas dengan rezeki dan pahala yang berterusan, Insya Allah.

 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: 

📞 Admin + 60195003475
📞 Urusetia: 0169602489

 

 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

*Ruangan yang Wajib diisi
Winter Aid Syria

Krisis Syria Adalah Nadi Umat

Perbezaan kita dengan mereka adalah sempadan geografi. Sepatutnya mereka mempunyai hak yang sama sebagai seorang manusia. Tetapi peperangan dan kemelut geografi itulah yang menjadikan mereka terus teraniaya. Dahulunya mereka hidup mewah di bumi sendiri – Syria. Namun kini terbuang dan merempat di negeri orang – Turkey.

.

Erdogan mencadangkan zon selamat bagi pelarian Syria yang sekarang ini berada di negara mereka. Zon selamat ini seluas 30 km dan sepanjang 480 km sempadan antara Syria dan Turkey.

.

Masalah timbul kerana pertelingkahan antara dua pihak yang membantah, iaitu tentera kerajaan Syria dan pasukan pembebasan Syria. Kemelut ini dirumitkan lagi dengan campurtangan pejuang Kurdish yang sejak sekian lama menuntut kebebasan dari Turkey.

.

Amerika Syarikat yang sebelum ini memberi sokongan kepada kumpulan pembebasan Kurdish ini, tetapi mulai menarik diri kerana desakan dari Turkey ingin membuka sempadan kepada pelarian masuk ke negara Eropah jika zon selamat ini tidak disokong oleh dunia.

.

Perjanjian demi perjanjian dimeterai bagi menyelesaikan krisis yang sudah masuk 9 tahun ini. Isunya hanya Syria, tetapi melibatkan geo-politik dunia yang tidak berkesudahan.

.

Namun konflik peperangan Syiria dan penderitaan pelarian rakyatnya semakin dilupakan. Selepas lapan tahun berlalu, keperitan hidup mereka hanya dikongsi oleh para pengunjung dan relawan yang sudi bertandang dikawasan penempatan pelarian. Pelarian di Rayhanli, Antakya sempadan Turki boleh dikatakan sedikit bertuah kerana Negara Turki banyak membantu. Begitu juga dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak menghulurkan bantuan.

.

Akan tetapi masih ramai lagi rakyat Syria yang masih berada di dalam negara mereka. Lebih dari 6 juta pelarian yang mencari kawasan selamat dalam negara mereka sendiri. Hidup dalam serba kedaifan dan sumber asas yang menyedihkan. Mereka tidak dapat keluar ke Turki atau negara-negara lain kerana banyak sekatan demi sekatan yang dikenakan. Ditambahi dengan pergolakan peperangan yang lebih menyukarkan mereka bergerak.

.

Imbas kembali kenapa tercetusnya perang di Syria ini. Ianya bermula dengan lukisan mural dinding sekolah yang menulis “Your Turn, Doctor”. Mural itu dilukis oleh seorang remaja berumur 14 tahun bernama Naief Abazid di Bandar Daraa. Tulisan ringkas itu memberi impak besar kerana ianya merujuk kepada beberapa kejatuhan kerajaan di Timur tengah pada ketika itu. Kebangkitan “Arab Spring” memuncak sehingga jatuhnya kerajaan Tunisia, Libya dan Mesir. Justeru lukisan mural itu merujuk kepada Presiden Bashar al-Assad (seorang doktor pergigian) dan regimnya akan dijatuhkan oleh kebangkitan rakyat.

.

As syahid Naief Abazid dan beberapa remaja lain lagi telah ditangkap, disiksa dan dibunuh dengan kejam. Rakyat Syria terus bangkit untuk menuntut keadilan sehingga terbentuknya beberapa kumpulan jihad yang berjuang membebaskan Syria dari kekejaman Bashar al Asad. Akhirnya tercetusnya peperangan yang berlarutan sehingga sekarang. Rakyat yang lemah terus terhimpit dengan konflik ini. Dianggarkan seramai 350,000 hingga 500,000 mati akibat peperangan ini. Keseluruhan rakyat Syria yang terlibat dalam konflik ini mencecah 13 juta orang. Seramai 6.1 juta mangsa masih lagi berada dalam zon perang. Mereka ibarat seperti telur dihujung tanduk, menunggu jemputan syahid bila-bila masa sahaja. Satu jumlah yang besar yang memerlukan satu solusi untuk membantu mereka keluar dari konflik yang berpanjangan ini.

.

Konflik ini bukan melibatkan permusuhan mazhab. Walau tidak dinafikan pemerintah Syria dikuasai oleh golongan Syiah dan para rakyat yang menuntut kebebasan pula bermazhab Sunni. Namun isu yang utama adalah ketidakadilan, kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah. Inilah mesej yang cuba dibawa oleh para pejuang yang berjuang di bumi Syria.

.

Kemampuan kita hanya membantu mangsa pelarian. Kita mengumpulkan sumbangan samas seriyal yang dikutip setiap tahun akan diberikan kepada mangsa-mangsa pelarian Syria samada melalui Turki, Jordan atau Lubnan. Kempen bantuan musim sejuk seperti ini kita lakukan kerana menyedari mereka berada dalam keadaan yang dhaif dan amat-amat mendesak. Musim sejuk adalah bencana bagi mereka. Tidak dapat bergerak mencari sesuap makanan kerana kesejukan dan salji. Terdapat kes kanak-kanak mati akibat terlalu sejuk. Suhu di bawah paras beku dan kanak-kanak menjadi mangsa sejuk melampau itu.

.

Misi bantuan #WinterAidSyria pada tahun ini berjaya dikutip sehingga mencecah lebih RM500 ribu. Kita telah sempurnakan amanah ini dengan membeli barang-barang keperluan harian, baju sejuk, selimut tebal, peralatan sekolah, alat pemanas dan wang perbelanjaan sepanjang musim sejuk.

.

Semoga sumbangan dari para penderma terus mengalir sebagai satu jihad harta dan dikira sebagai amalan soleh.

Sekian catatan dari

Dr Suhazeli Abdullah

Ketua Delegasi #WinterAidSyria