Posts

Program Wakaf Qur’an

Untuk Siapa?

Kumpulan minoriti Islam di timur Kenya, Garissa. Bayangkan kehidupan mereka dalam serba kedhaifan. Hatta untuk menemui sebuah mushaf Al Quran pun sukar.

.

Kenapa? Faktor kemiskinan hidup dan berada dalam pelarian perang.

.

Justeru, demi membantu sesama muslim, fastabiqul khairaat, dan sebagai saham akhirat kita, WARGA CAKNA menawarkan PROGRAM WAKAF AL QURAN.

.

Sasaran pada tahun ini sebanyak 10,000 naskah. Tahun lepas kita sudah berjaya hantar 5000 naskah. Alhamdulillah.

.

Kami tahu anda mampu, dengan RM30 satu naskah Al Quran.

.

Hubungi segera:

>>> wasap.my/60195003475

>>> wasap.my/60195003475

>>> wasap.my/60195003475

.

ATAU Isi borang dan pembayaran online:

.

Majalah Aktiviti Program Qurban Aqiqah 2019

Berikut adalah majalah yang telah disediakan oleh urusetia. Boleh download di sini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program khidmat komuniti di Garissa, Kenya pada tahun ini. Kita mengharapkan tahun hadapan, makin ramai lagi yang terlibat dalam program kebajikan seumpama ini.

Atau lihat PDF View Flip: [flipbook pdf=”https://www.wargacakna.org/wp-content/uploads/2020/06/Majalah-CaknaQurban-2019b.pdf”]

5 Soalan Penting Qurban & Aqiqah di Kenya

1] Kenapa anjur program Qurban di luar negara seperti Kenya.

Kehidupan mereka yang miskin serta dhaif. Wajib bagi kita membantu mereka sekadar kemampuan kita. Sekali setahun layanan pemberian daging qurban atau aqiqah setidak-tidaknya boleh memberi keceriaan kepada kehidupan mereka.

2] Kenapa perlu bantu masyarakat di Afrika seperti Kenya, Somalia, Sudan dan Ethiopia?

Negara-negara tersebut berada dalam konflik yang berpanjangan. Perang saudara, perebutan kuasa menyebabkan ekonomi tidak stabil. Ramai rakyat berada di bawah paras kemiskinan. Kadar kemiskinan di Kenya sahaja 36.1%. Ditambah lagi dengan kemasukan pelarian yang juga dhaif dari Somalia, Ethiopia dan Sudan. Kenya adalah negara kedua teramai pelarian di benua Afrika selepas Ethiopia.

3] Adakah lebih afdal pahala berqurban di luar negara?

Keutamaan melakukan ibadah qurban adalah dengan kita sendiri laksanakan pembelian lembu, penyembelihan dan pembahagian daging. Jika mewakilkan kepada orang lain adalah kurang afdal tetapi pahala tetap diperoleh. Namun menolong dan berkebajikan kepada miskin yang lebih dhaif juga dituntut. Dalam negara, sudah banyak program qurban dilaksanakan dan pengagihan daging sudah dilihat agak mewah. Justeru, melakukan qurban di negara-negara fakir miskin lebih diperlukan.

4] Adakah NGO Warga Cakna satu-satunya NGO yang buat program Qurban luar negara?

Tidak. Warga Cakna adalah sebuah NGO baru dan kerdil dalam menganjurkan program seperti ini. Di Malaysia sudah banyak organisasi yang buat, antaranya Serantau Muslim, Muslim Care, Iman Care, Yayasan Amal dan banyak lagi. Mereka sudah lama berkecimpung dalam program kebajikan ini. Cuma di Kenya, Warga Cakna baharu sahaja ingin mengorak langkah untuk ke sana. Sebelum ini tiada organisasi besar masuk untuk laksanakan ibadah qurban.

5] Bagaimana cara untuk menyertai Qurban di Kenya bersama Warga Cakna?

Program tahun ini adalah kali pertama *Warga Cakna dan Iman Care* akan menyantuni para penduduk dhaif berkenaan. Lebih dari 260,000 pelarian Kenya dan Somalia berada di sana yang memerlukan sedikit usaha bantuan dari kita.

Penyertaan sudah dibuka dengan:

Harga 1 bhgn lembu: RM350

Harga 1 ekor Kambing: RM550

>>Boleh hubungi pihak urusetia di www.wargacakna.org | 0169602489

>> Atau Lebih *SENANG, MUDAH dan DIPERCAYAI* dengan *Permohonan & Pembayaran Online*: http://www.wargacakna.org/permohonan-qurban-aqiqah-2019/

Dr Suhazeli Abdullah

Ketua Delegasi

Cakna Qurban 2019

Tarikh Misi: 9- 17 Ogos 2019

🏦 Maybank Islamic: *PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU (WARGA CAKNA)*

📍 No: *563037065007*

Label #CaknaQurban2019

=== *Mohon Share ke Group Family, Rakan Taulan* ===

Terima kasih

Kenapa Qurban di Kenya?

Sdr Mohamed Ziad Hafiz adalah pemuda kelahiran Kenya yang sekarang bermastautin di UK. Ayah beliau asalnya dari Pakistan, kemudian menjalankan kerja dakwah ke negara Afrika termasuk Kenya. Ayah beliau menjadi guru agama di Kenya beberapa tahun, kemudian mendapat tawaran menjadi guru agama dan imam di UK. Semua keluarga berpindah ke UK sejak umur Sdr Mohammed Ziad kanak-kanak lagi. Namun hubangan keluarga mereka masih rapat dengan penduduk Islam di Kenya. Boleh dikatakan Sdr Mohammed Ziad dan NGO beliau (Mountain of Mercy UK – https://www.facebook.com/groups/mountainofmercy/) sering turun ke Kenya untuk menyampaikan bantuan samada dalam bentuk makanan mahupun perkhidmatan air bersih.
Sudah beberapa kali beliau mesej saya dan sekali kami bertemu di UK pada tahun 2016. Beliau menyarankan saya agar NGO yang saya pimpin bantu rakyat Kenya yang menjadi pelarian akibat kancah perang. Sejak dari itu saya telah memulakan persediaan dengan membuat kertas kerja dan berbincang dengan Presiden Yayasan Amal Malaysia untuk memberi kebenaran agar kita turun ke sana. Namun hasrat dari tahun ke tahun tidak kesampaian dek kerana tumpuan di negara-negara bergolak lain seperti Sudan, Uganda, Mindanao, Rohingya dan Kemboja lebih diutamakan.
Tahun ini, politik di Sudan tidak menentu dengan berlakunya rampasan kuasa tentera. Maklumat yang kita perolehi mendapati, kemelut politik semasa kian meruncing dan amat tidak selamat jika program qurban dilaksanakan di Kasalla, Gardarif mahupun Selatan Sudan. Sedangkan pada peringakt awal kita bernekad untuk turun ke Sudan buat sekian kalinya di sana.
Pada awal tahun 2018, saya diberi amanah untuk memimpin sebuah NGO baharu, Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna). NGO ini bertujuan mengumpulkan ahli yang sukarela memberikan bantuan tenaga, wang dan masa untuk membantu masyarakat yang dinafikan hak. Beberapa program dalam Terengganu dan luar telah, sedang dan akan dirancang. Boleh lihat akitiviti Warga Cakna di http://www.wargacakna.org/. Melalui platform ini kita mengorak langkah yang lebih luas untuk membantu masyarakat yang tertindas dalam negeri dan luar negeri.
Pada kali ini saya menyeru kepada semua untuk mendokong Warga Cakna demi membantu mereka yang dalam kedhaifan. Qurban pada kali ini kita memilih Kenya sebagai destinasinya. Hasil maklumat yang Sdr Mohammed Ziad berikan kepada kami, terdapat lebih 260,000 pelarian dari Kenya dan Somalia berada di sempadan kedua-dua negara tersebut. Krisis perang saudara dan kepuakan yang tidak berkesudahan antara mereka, rakyat menjadi mengsa. Ramai yang kebuluran dan kelaparan. Semoga dengan sedikit usaha yang dilakukan oleh Warga Cakna dan bantuan penyertaan Qurban & Aqiqah dari kita yang mewah, setidak-tidaknya para pelarian dapat menguntum senyum di pagi Eidul Adha.
Fastabikul Khairaat
Suhazeli bin Abdullah
Ketua Delegasi Misi Qurban Kenya 2019
#CaknaQurban2019