Posts

Sumbangan Kepada Guru PASTI

Antara golongan yang terkesan dengan COVID-19, adalah guru-guru PASTI. Sumber sara hidup mereka kebanyakannya adalah dari yuran pelajar dan sumbangan dari masyarakat setempat. Jika masyarakat itu golongan berada dan prihatin nasib mereka, maka tertunailah nafkah makan minum mereka untuk bulan itu. Sejak Mac lalu, mereka begitu terkesan, kelas-kelas semua ditutup. Justeru, sumber pencarian mereka juga terputus. Sebilangan besar dikalangan ketua keluarga mereka pula tiada mata pencarian yang tetap. Kais pagi makan pagi. Apabila PKP yang berlanjutan sehingga ke fasa-4 ini, memang amat menyedihkan.

.

Memang ya, kerja mendidik anak bangsa itu adalah kerja sukarela. Ianya dilakukan atas dasar fi sabilillah. Namun perlu kita lihat juga, setiap manusia juga mempunyai hak asasi atas diri sendiri seperti makan, minum dan tempat tinggal. Di sinilah tugas masyarakat untuk membantu dan menyokong sekadar mampu para pejuang pendidikan anak bangsa itu.

.

Warga Cakna hari ini turut meletakkan diri dalam membantu guru PASTI sekadar mampu. Sumbangan dalam bentuk barang keperluan dapur dan wang belanja harian diserahkan pada guru PASTI yang tersenarai.

.

Terima kasih kepada pihak pengurusan PASTI kawasan Hulu Terengganu kerana sanggup mengatur jadual. Terima juga kepada semua relawan yang sanggup berpanas menyampaikan bantuan.

.

Terima juga kepada semua para penderma.

.

Pengerusi Warga Cakna

9.5.2020

Kuala Berang

Dana Pembangunan PASTI Lubuk Pait

Kuala Berang, 1 Jun 2019: Satu majlis penyerahan sumbangan kepada PASTI Kg Lubuk Pait telah disempurnakan dekat sini. Majlis berlangsung dengan penuh meriah yang turut disertai Penyelaras DUN Telemong, Sdr Mat Sapari Abu.

Penyampaian dana ini adalah hasil dari sumbangan individu yang mengamanahkan Warga Cakan menymapaikan kepada pembaikian dan pembangunan PASTI Lubuk Pait.

Majlis penyerahan dana dan berbuka puasa itu tersebut turut juga disertakan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru pasti DUN Telemong.

Sumbangan Zakat kepada Guru PASTI

KUALA BERANG, 1 JUN 2019: Penyampaian sumbangan kepada guru-guru PASTI dan Iftar telah berlangsung di Restoran CPN Kuala Berang.

Seramai 20 orang guru dan pembantu guru menerima sumbangan dari Warga Cakna. Kutipan dana yang dijalankan sepanjang Ramadhan adalah dari orang ramai seluruh negara yang turut bersimpati dengan nasib para amilin yang berjuang memberikan pendidikan kepada anak bangsa. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Sdr Mat Sapari Abu sebagai Penyelaras DUN Telemong.

Portfolio Items