Posts

Majalah Aktiviti Program Qurban Aqiqah 2019

Berikut adalah majalah yang telah disediakan oleh urusetia. Boleh download di sini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program khidmat komuniti di Garissa, Kenya pada tahun ini. Kita mengharapkan tahun hadapan, makin ramai lagi yang terlibat dalam program kebajikan seumpama ini.

Atau lihat PDF View Flip: [flipbook pdf=”https://www.wargacakna.org/wp-content/uploads/2020/06/Majalah-CaknaQurban-2019b.pdf”]

Permohonan Qurban Online

Raya Qurban dah dekat. Makin ramai yang mencari-cari bahagian untuk masuk Qurban. Seperti biasa setiap tahun saya buka peluang kepada rakan taulan untuk buat Qurban. Tahun ni team Warga Cakna akan ke Garissa, sebuah daerah pedalaman di Kenya. Daerah sempadan tiga negara dhaif, Erithria, Somalia dan Kenya sendiri.

Oleh kerana julung kali diadakan di sana, tempahan lembu kambing adalah terhad. Kesukaran untuk buat tukaran wang dan penghantaran wang pendahuluan pun agak rumit. Mereka mereka takut duit yang disalurkan itu diberikan kepada pemberontak-pemberontak yang berleluasa di sana. Jadi, memang saiz tempahan kita memang terhad berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Siapa cepat buat tempahan, inshaAllah akan terus masuk sistem. Kita telah buat satu sistem pendaftaran online yang cukup mudah. Tak sampai 5 minit, pendaftaran nama dan pembayaran boleh dilakukan. Peserta akan dapat notifikasi email untuk pengesahan dan balasan wasap.

Supaya lebih faham, saya beri tatacara untuk pendaftaran dan penyertaan online. Sila lihat nombor pada setiap gambar yang saya letak.

1. Lawati http://www.wargacakna.org/permohonan-qurban-aqiqah-2019. Isi nama pemohon dan alamat lengkap. Bahagian ini penting untuk pihak staf buat susunan nanti dan penghantaran sijil-sijil penyertaan nanti.

2. Masukkan juga maklumat penting anda seperti email dan no telefon bimbit. Ia berguna apabila terdapat apa-apa maklumat terbaharu mengenai program yang akan dijalankan. Kemudian, isikan nama-nama yang akan diniatkan Qurban atau Aqiqah dalam kotak dan jadual yang disediakan. Bahagian ini penting bagi kami untuk membaca wakil niat masing-masing semasa sesi penyembelihan. Paparan gambar 2 ini hanya boleh masuk satu nama, tetapi jika anda masuk bahagian beberapa nama, anda boleh tambah dengan tekan butang (+) di bawah kotak jadual itu. Senang sahaja. Satu lagi, nasihat saya, untuk bahagian lembu / kambing hingga tujuan tu, hanya masukkan SATU huruf atau angka sahaja. Contohnya jika penyertaan anda untuk 1 bahagian Lembu qurban, maka taip 1 dan L dan Q di ruangan kotak berkenaan.

3. Lepas tu masukkan pula jumlah bahagian atau ekor atau naskah yang dipesan. Sekali lagi hanya masukkan SATU ANGKA sahaja. Jika anda tidak memesan kambing atau naskah Al Quran, masukkan 0 kerana ruangan ini wajib di isi. Jika tidak sistem tidak boleh buat pengiraan total yang akan dibayar nanti.

4. Bahagian ini penting bagi kesempurnaan ibadah yang akan dijalankan nanti. Sesuai dengan garis panduan proses penyembelihan yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, akad peserta dan wakil amat penting. Kemudian pilih wakil urusetia Qurban yang anda hubungi untuk catatan lanjut sistem.

5. Akhir sekali, sebelum hantar borang ini online, tandakan kaedah bayaran yang anda ingin lakukan. Jika anda ambil pilihan no 1, sistem Billplz, selepas tekan butang Hantar Penyertaan, sistem akan beralih ke paparan web pembayaran online Billplz. Kaedah ini amat memudahkan, kerana anda tidak perlu ke mesin ATM atau buka laman web lain bank pilihan anda. Tetapi pilihan kedua diberikan bagi siapa yang nak guna kaedah selain sistem bayaran Billplz.

Sekian tatacara lengkap bagaimana mendaftar penyertaan Qurban / Aqiqah / Wakaf Al Qur’an bersama Warga Cakna tahun ini.

Sekian

Urusetia #CaknaQurban2019

www.wargacakna.org

Kenapa Qurban di Kenya?

Sdr Mohamed Ziad Hafiz adalah pemuda kelahiran Kenya yang sekarang bermastautin di UK. Ayah beliau asalnya dari Pakistan, kemudian menjalankan kerja dakwah ke negara Afrika termasuk Kenya. Ayah beliau menjadi guru agama di Kenya beberapa tahun, kemudian mendapat tawaran menjadi guru agama dan imam di UK. Semua keluarga berpindah ke UK sejak umur Sdr Mohammed Ziad kanak-kanak lagi. Namun hubangan keluarga mereka masih rapat dengan penduduk Islam di Kenya. Boleh dikatakan Sdr Mohammed Ziad dan NGO beliau (Mountain of Mercy UK – https://www.facebook.com/groups/mountainofmercy/) sering turun ke Kenya untuk menyampaikan bantuan samada dalam bentuk makanan mahupun perkhidmatan air bersih.
Sudah beberapa kali beliau mesej saya dan sekali kami bertemu di UK pada tahun 2016. Beliau menyarankan saya agar NGO yang saya pimpin bantu rakyat Kenya yang menjadi pelarian akibat kancah perang. Sejak dari itu saya telah memulakan persediaan dengan membuat kertas kerja dan berbincang dengan Presiden Yayasan Amal Malaysia untuk memberi kebenaran agar kita turun ke sana. Namun hasrat dari tahun ke tahun tidak kesampaian dek kerana tumpuan di negara-negara bergolak lain seperti Sudan, Uganda, Mindanao, Rohingya dan Kemboja lebih diutamakan.
Tahun ini, politik di Sudan tidak menentu dengan berlakunya rampasan kuasa tentera. Maklumat yang kita perolehi mendapati, kemelut politik semasa kian meruncing dan amat tidak selamat jika program qurban dilaksanakan di Kasalla, Gardarif mahupun Selatan Sudan. Sedangkan pada peringakt awal kita bernekad untuk turun ke Sudan buat sekian kalinya di sana.
Pada awal tahun 2018, saya diberi amanah untuk memimpin sebuah NGO baharu, Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna). NGO ini bertujuan mengumpulkan ahli yang sukarela memberikan bantuan tenaga, wang dan masa untuk membantu masyarakat yang dinafikan hak. Beberapa program dalam Terengganu dan luar telah, sedang dan akan dirancang. Boleh lihat akitiviti Warga Cakna di http://www.wargacakna.org/. Melalui platform ini kita mengorak langkah yang lebih luas untuk membantu masyarakat yang tertindas dalam negeri dan luar negeri.
Pada kali ini saya menyeru kepada semua untuk mendokong Warga Cakna demi membantu mereka yang dalam kedhaifan. Qurban pada kali ini kita memilih Kenya sebagai destinasinya. Hasil maklumat yang Sdr Mohammed Ziad berikan kepada kami, terdapat lebih 260,000 pelarian dari Kenya dan Somalia berada di sempadan kedua-dua negara tersebut. Krisis perang saudara dan kepuakan yang tidak berkesudahan antara mereka, rakyat menjadi mengsa. Ramai yang kebuluran dan kelaparan. Semoga dengan sedikit usaha yang dilakukan oleh Warga Cakna dan bantuan penyertaan Qurban & Aqiqah dari kita yang mewah, setidak-tidaknya para pelarian dapat menguntum senyum di pagi Eidul Adha.
Fastabikul Khairaat
Suhazeli bin Abdullah
Ketua Delegasi Misi Qurban Kenya 2019
#CaknaQurban2019