Posts

PELAJAR LUAR NEGARA TERKESAN DENGAN COVID-19

Banyak mesej saya terima dari adik-adik pelajar luar negara mengenai permasalahan mereka. Tanpa menafikan peranan yang telah dimainkan oleh kedutaan dan pihak berwajib, kami cuba bantu sekadar mampu meringan beban yang ditanggung oleh pelajar.
.
Antara beberapa keluhan mereka:
.
“Kami mengalami masalah kewangan yang kritikal akibat penutupan semua sempadan (darat, air dan udara) serta perintah berkurung yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sudan sejak bermula penularan wabak COVID-19 bulan Mac tahun ini.”
.
“Situasi COVID-19 yang semakin meningkat di Sudan dengan purata jumlah kematian yang hampir mencecah 100 kematian amatlah merisaukan kami, ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan perubatan serta hospital yang mencukupi adalah amat membimbangkan. Ditambah pula dengan ketidak-pekaan rakyat Sudan diwaktu puncak penularan wabak Covid 19. Ramai yang masih didapati tidak peka dan tidak mematuhi perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sudan. Keadaan ini telah menyebabkan kadar peningkatan jangkitan yang begitu tinggi. Akibat dari ini, adalah menjadi amat sukar bagi kami para pelajar untuk mendapatkan barang keperluan makanan.”
.
“Faktor kemerosotan ekonomi di Sudan dan peningkatan harga barang makanan yang meningkat secara mendadak, ditambah pula terdapat ramai rakyat di Sudan yang tidak dapat bekerja akibat terkesan dari perintah berkurung. Hospital-hospital telah pun berhenti beroperasi sejak penularan wabak COVID-19 di. Kes hanya diberikan keutamaan kepada penduduk tempatan.”
.
“Kami tidak dapat ke Airport Khartoum juga telah lockdown selama 2 bulan dan tiada pesawat komersial yang dibenarkan keluar masuk Sudan.”
.
Isu yang sama berlaku di Mesir. Terdapat pelajar yang tidak sempat pulang pada peringkat awal PKP di sana. Atas pelbagai kekangan terutama pergerakan dan kewangan, mereka cukup terkesan. Pelajar-pelajar diluar Kaherah seperti Zagazig, Mansourah, Alex dan beberapa negeri lagi makin teruk terkesan. Kebajikan mereka terabai kerana lockdown yang telah diadakan.
.
“Setakat ni, bantuan kewangan dan kebajikan yang sangat diperlukan. Terutama bagi pelajar sains kesihatan di luar kaherah. Kerana pelajar diluar kaherah ni, bantuannya agak susah nak sampai, dan pihak berwajib juga banyak terlepas pandang kebajikan pelajar luar kaherah.”
.
Justeru, Kami merasa terpanggil untuk membantu sekadar mampu bagi meringankan beban mereka.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna
.
*MAYBANK : 563037065007*
*WARGA CAKNA*
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
Ref: #PelajarTerkandas

Krisis Politik di Sudan

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita yang tular di media sosial mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara Islam iaitu Sudan, di mana 118 rakyat Sudan yang merupakan para demonstran dibunuh dengan tembakan rambang serta hampir 40 jenazah dihumban ke dalam sungai Nil yang merupakan sebagai satu cubaan pemerintah tentera untuk mengurangkan jumlah kematian.

Peristiwa ini berlaku kemuncak pada 3 Jun yang lalu di mana militan tentera (TMC) pimpinan Mohamed Hamdan Dagalo telah menyerang kem para demonstran di Khartoum yang membantah keputusan pimpinan tentera yang mahu mengambil alih negara setelah penggulingan Presiden Omar al-Bashir lalu membatalkan perjanjian antara pimpinan demonstrasi dan pimpinan tentera untuk mengadakan rundingan mengenai penyerahan pemerintahan kepada kuasa demokrasi yang dilakukan pada 15 Mei.

Peristiwa berdarah tersebut adalah kesinambungan daripada krisis bulan Disember 2018 di mana Presiden Omar al-Bashir mengambil langkah darurat bagi menyelamatkan ekonomi dengan mengurangkan subsidi roti dan bahan bakar lalu mencetuskan demonstrasi di Timur Sudan dan kemudiannya mara ke Khartoum. Tambahan pula dengan pemerintahannya selama 30 tahun, rakyat menggesa militan tentera untuk menggulingkan pemerintah tersebut. Dan pada 11 April, Omar al-Bashir diturunkan.

Sejurus selepas penggulingan, bekas presiden tersebut didakwa dengan pemilikan sejumlah besar mata wang asing dan terbabit dalam membantu pengganas.

Perundingan antara Perikatan Kebebasan dan Perubahan (SPA) dan pimpinan tentera pada 15 Mei bersetuju untuk mengadakan transisi pemerintahan kepada sivil dalam masa 3 tahun kerana pimpinan demonstrasi berpendapat bahawa saki baki pengikut Omar al-Bashir berakar umbi dalam politik setelah memerintah selama 30 tahun. Namun perjanjian itu diputuskan tidak lama selepas berlakunya serangan di kem demonstrasi pada 3 Jun yang meragut nyawa 35 orang.

Rentetan daripada rusuhan tersebut, banyak sektor negara terganggu seperti pengangkutan, perusahaan dan penerbangan akibat mogok daripada rakyat. Malah universiti di Sudan juga dibekukan segala aktiviti sehingga pimpinan sivil terbentuk.

Rentetan daripada serangan pada 3 Jun tersebut, ramai saksi dan para demonstran menyaksikan tindakan tentera yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Pelbagai lagi siri kekejaman yang dilaporkan dan angka kematian terus meningkat.

Para pimpinan demonstrasi menggesa rakyat agar turut serta dalam demonstrasi bagi menekan tentera yang menafikan pada awalnya mengenai perlakuan kejam mereka, namun di pihak tentera pula menyalahkan para demonstran yang menggugat keamanan di Khartoum dan mereka kekal dengan memperkuat angkatan bersenjata.

Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed telah dilantik sebagai orang tengah untuk mengadakan rundingan antara kedua belah pihak namun pimpinan demonstrasi menolak rundingan tersebut kerana kekejaman yang terus berlangsung.

Amerika Syarikat (AS) juga telah menghantar dua orang wakil bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku iaitu Donald Booth dan Tibor Nagy, keduanya pernah menjadi utusan khusus di Sudan sewaktu pemerintahan Presiden Barack Obama.

Keterlibatan tersebut berlaku akibat tindakan tentera yang memperkosa 70 orang wanita (menurut yang dilaporkan para doktor di kem), kematian yang meningkat dan kekejaman memburu para penunjuk perasaan. Duta AS tersebut menyifatkan perlakuan dan tindakan militan tentera tersebut sebagai sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Akses internet telah diputuskan sepenuhnya sejak 10 Jun yang lalu telah menyukarkan saluran maklumat dan hebahan berita daripada Sudan dan dunia luar.

PERUBATAN sentiasa cakna dengan isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia terutama sekali yang menimpa saudara seagama kita.

PERUBATAN turut mengutuk sekerasnya segala tindakan tidak berperikemanusiaan dan kekejaman yang lari daripada landasan ajaran Islam.

PERUBATAN juga ingin menyeru ahli agar sama-sama cakna mengenai isu ini dengan membaca berita selanjutnya serta menggunakan media yang ada bagi menghebahkan berita dan menimbulkan kesedaran bagi yang membaca.

Sama-sama kita mendoakan keselamatan saudara kita di sana dan semoga krisis darurat yang berlaku dapat diatasi secepatnya.

Sumber:

• Liputan 6, Pertembungan antara demonstran dan tentera Sudan mengorbankan 35 rakyat, 4 Jun 2019,

https://www.liputan6.com/global/read/3983221/bentrokan-antara-demonstran-dan-tentara-sudan-menewaskan-35-warga

• Liputan 6, Situasi kian panas, demonstran Sudan menyeru pembangkangan sivil, 10 Jun 2019,

https://www.liputan6.com/global/read/3985880/situasi-kian-panas-demonstran-sudan-menyerukan-pembangkangan-sipil

• Liputan 6, Berupaya hentikan krisis Sudan, AS kirim utusan, 13 Jun 2019,

https://www.liputan6.com/global/read/3988765/berupaya-setop-krisis-sudan-as-kirim-utusan-khusus

• News Detik, Bekas Presiden Sudan diperiksa terkait kes wang pendanaan terorisme, 6 Mei 2019,

https://news.detik.com/internasional/d-4537160/eks-presiden-sudan-diperiksa-terkait-kasus-pencucian-uang-pendanaan-terorisme?_ga=2.84049105.99117435.1560519213-1316005196.1560519213

• BBC Indonesia, Krisis Sudan : Bagaimana konflik bermula, 14 Jun 2019,

https://www.bbc.com/indonesia/dunia-48634197

• The Guardian, Sudan Military admits abuses commited in Khartoum attack,

https://www.theguardian.com/world/2019/jun/14/sudan-military-admits-abuses-committed-in-khartoum-attack

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah;

https://tinyurl.com/E-ADUANPERUBATAN

#spreadthePEACE

#MemimpinGelombangISLAH

#PERUBATANKelasPertama

“Our Ummah Our Concern”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

PERUBATAN For PEACE & Care (PEACE),

Jabatan Kebajikan & Kemanusiaan (JKK),

PERUBATAN 2019/2020.

https://m.facebook.com/212104498197/posts/10156619978468198?s=100012176297645&sfns=mo